Thursday, October 23, 2014

Remove Shortcut Virus Using UITM Removal

Salam  semua, oleh kerana saya next exam saya akan tiba lambat lagi jadi saya nak kongsikan sedikit info. Tangan tengah rajin jadi jom kita mula. Saya yakin pasti ramai orang menggunakan “pendrive” sekarang kan? Disket ada orang guna lagi ke, entahlah haha. Pernah tak anda menghadapi masalah file anda menjadi shortcut oleh kerana virus? File anda hilang? Sekarang juga ada satu virus "secure browser" yang mana mudah merebak tapi Jangan risau ada cara memperbetulkannya. Jangan ngis ya. Bila anda menggunakan pendrive di komputer yg dijangkiti virus file di pendrive anda akan menjadi begini bukan?


Seterusnya anda download ini software free daripada pelajar UITM, kredit atas usaha mereka kerana software ini sangat berguna dalam menghadapi masalah shortcut virus.


Dropbox atau Mediafire



Selepas mendownload,  klik Shortcut Virus Remover v3.1.exe. Akan keluar paparan seperti ini.



Ikut step ini ya:

1. Selepas itu anda boleh pilih “ pen drive”. Paparan ini akan muncul.





2. Sebelum anda memulakan pembersihan virus pastikan anda tahu pendrive anda berada di drive mana. Buka “my computer” dan sila ikut gambar untuk membantu anda memahami anda di bahagian drive mana.

(Anak panah menunjukkan bagaimana untuk menentukan drive path anda)
3. Selepas itu, pergi semula ke software UITM shortcut virus removal itu, cari “SELECT DRIVE” dan pilih “G” kerana pendrive anda berada di path itu.(SILA RUJUK GAMBAR  SEBELUM STEP INI BAGI MENENTUKAN ANDA BERADA DI DRIVE MANA).


4. Kemudian anda perlu klik di bahagian “ Scan”. Apabila anda klik ada keluar “pop up” klik yes, software ini akan mencari file yang menjadi shortcut. 

5. File yang menjadi shortcut akan ditunjukkan di bahagian ini.


6. Kemudian anda boleh klik ke delete, tetapi pastikan tick di bahagian “Delete all virus(recommended)”. Ini akan mendelete file shortcut anda, dan menjadikan file menjadi seperti asal tanpa mengganggu file anda.


7. Anda boleh buka pendrive anda, dan lihat magik akan muncul. Semua file telah kembali seperti sediakala. Tahniah anda telah lulus ujian, menyelamatkan file haha.
Senang bukan? Akan tetapi jika pendrive anda dijangkiti virus dan antivirus komputer anda telah memadamkan file itu atau file anda hilang. Anda boleh ikut cara ini:

CMD REMOVE SHORTCUT VIRUS

Cara ini akan membantu anda mendapatkan file yang telah di delete oleh antivirus dan sewaktu dengannya. Setelah itu file anda dapat jika ada file shortcut, follow step menggunakan UITM shortcut removal antivirus.



Semoga ini bermanfaat, Jumpa lagi di dalam entry akan datang xoxoxoxoxoxo.













Monday, January 6, 2014

Telefon Pintar Ape Itu?



Assalamualaikum pembuka bicara, buat semua pembaca. Hari ini saya nak coretkan sesuatu. Jadi “Get Ready” kita akan mula untuk membaca. Kita boleh lihat bagaimana teknologi dunia berkembang, dari sesuatu yang di fikir mustahil kini segalanya tidak lagi. Salah satu darinya adalah telefon. Semasa awal dikeluarkan telefon adalah sesuatu teknologi yang digunakan bagi sistem perhubungan serantau. Jika dahulu saiznya sangat besar, pasti korang akan ingat botol air kaler biru yang selalu budak-budak sekolah gunakan lebih kurang saiz itulah. Sangat besar bukan, bayangkan sekarang korang bawa telefon sebesar itu. Memang menyerlah huhu. Sedikit gambar bagi menggamit sedikit memori perkembangan telefon:

Dari untuk menghubungi, muncul sms, muncul kamera dan muncul telefon pintar “thank you Steve Jobs” melancarkan iphone. Teknologi telefon berkembang sejak pelancaran itu.

 

Telefon memainkan peranan penting kini, pasti akan terjadi seperti ini jika telefon tidak dibawa semasa keluar. Omg omg omg.


HaHa, Kini pasti anda pernah mendengar telefon pintar atau “SMARTPHONE”. Ape itu telefon pintar? Menarik untuk di kupas ni, telefon pintar adalah teknologi yang memberikan perbagai kemudahan seperti sebuah laptob tetapi di dalam versi kompak. Perbagai-bagai boleh di lakukan dengannya, Cuma perlu dimanfaatkan sahaja. Hari ini saya nak share bagaimana ingin memaktimumkan. Rasa tak berbaloi pula jika di dalam poket ada telefon beribu ringgit tetapi gunanya hanya untuk telefon dan bergambar. Sayang seribu kali sayang tu. Saya fokusnya untuk telefon menggunakan android ya.

Saya mulakan dengan apa “ apps “ yang patut ada di dalam telefon anda, kita bermula pada yang asas ya:
1) Anda pengemar, facebook, twitter? Benda ini wajiblah ada kan, barulah dunia tanpa sepadan. Dan juga selamat dating ke dunia zombie. Bergelak sorang-sorang hanya memerhati telefon anda.



2) Minat berborak dan ber SMS tetapi tak nak keluar kredit. Jadi gunalah weechat, whatapps, viber dan lain-lain lagi. Searchlah di playstore anda ya.



3) Bagi seorang Muslim ini apps yang patut saya rasa perlu ada, MySolat apps ini mudah untuk digunakan serta ada penunjuk kiblat. Katakan anda tak tahu dah masuk waktu ke belum, apps ini boleh membantu.


4) Nak tengok video kat telefon tapi video tak boleh play, jangan risau my dear. Downloadlah Mxplayer semua jenis video boleh di tengok. So dah jadi wayang bergerak, tetapi pastikan cerita original jangan download pirate punya ya, no good no good.



5) Nak edit gambar, tapi laptob kat rumah nak post kat insta nak kejar like haha. Sekarang telefon kan, ada semua boleh buat kat sini. Cuba try picsart dan snapseed. Saya suka guna apps ni, kalau anda ada apps menarik edit gambar sharelah ye.



6) Anda ada banyak email, anda seorang berkedudukan tinggi di pejabat atau  pun orang penting. Jangan risau semuanya boleh di selesaikan. Sekarang di dalam telefon pintar anda boleh masukkan kesemua, just perlu log in then bolehlah guna. Senang bukan?



7) Anda pernah mendownload file tetapi tak boleh buka, file dalam rar ke? Lalu bertanya Telefon rosak ke, then buka laptob untuk download balik. Well jangan buang masa guna phone je. Semua boleh beres punya. Apps ni, memang menbantu, sebagai contoh lecture saya suka mengupload nota di dalam facebooknya, bila saya download file tu dalam zip atau pon rar. Saya gunakan software ni, untuk meng unzip file itu. Jadi tiada masalah untuk saya melihat file yang saya download tu, huhu. Explore sendiri file itu, anda pasti teruja.



8) Minat mendownload? Torrent, gunalah software ini. Function sama macam torrent biasa tetapi ini jenis phone. Boleh mendownload, tetapi harus ingat. Dia akan menggunakan quata broadband anda, kalau quata dah sikit baik batalkan niat mendownload anda, huhu.



9) Pernah dengar simpanan file di awan? Bahasa ingerrisnya cloud storage, macam dropbox,mediafire dan lain-lain. Apps ni menarik, kawan anda nak file penting. Uploadkan dari telefon ke simpanan anda, copy link dan bagi pada dia. Dia boleh download dan selesai, mudah bukan? Part ni saya suka, ada dapat slide note masukkan dalam phone terus upload kat dropbox atau mediafire then saya bagi link kemudian kawan-kawan dapat download. Mudah bukan?



10) Alamak file keje aq ada kat laptob, laptob pulak kat bilik macam mana ni? Guys jangan nagis, mudah je install team viewer pada laptob dan telefon anda. Anda bole buat remote control dari telefon ke laptob. Terus dapat copy semua file tu. Senangnya hidup haha. Cuba anda try, mesti best macam saya kadang-kadang gi kelas ada download. Nak tengok progress saya remote ke laptob saya. Semua maklumat say dapat tengok. Macam laptob tu di depan saya. Semua saya control di hujung jari saya.



Itu saja buat masa ini saya ingin kongsikan, bagaimana untuk memaksimumkan telefon anda terutamanya android. Saya harap post ini akan dapat membantu anda. Sebelum saya menutup tirai cerita saya. Saya nak share something, Motorola kini sedang membuat model berasaskan lego. Memang menarik. Harap dapat keluar segera, lepas ni telefon pintar jadi lego.Haha





Serta juga HTC ONE adalah telefon pintar kegemaran saya buat masa ini. Antara fungsi menarik phone ini selain muziknya yang best, adalah phone ini boleh digunakan pendrive untuk mencopy file. Bayangkan ada, ada file cucuk kat sini share dengan kawan-kawan dah macam guna kat laptob ooooo, mudah-mudah. Tapi jangan harap nak pakai sekarang mahal sangat HTC ONE tu. Haha..sehingga kita jumpa lagi, adios xoxoxoxoxoxoxoxox.










Saturday, September 21, 2013

How To Install Eclips

Hye semua, oleh kerana ada yang bermasalah berkenaan eclips saya sediakan sedikit tutorial boleh digunakan sebagai rujukan.


--> Pastikan anda telah install software " java "
--> Selepas itu mingw (perlu ada internet)

Saya terus kebahagian path

1) Pergi ke " mycomputer " dan tekan di bahagian " system properties ".


2) Seterusnya ke " advance system setting ".


3) Klik " environment variables ".


4) Dibahagian " system variables " klik menu " path "


5) Tambahkan " C:\MinGW\Bin; " pada permulaan " variable value " tanpa menukar apa-apa.



6) Klik " OK "

Finish, selamat mencuba.

Saturday, March 16, 2013

Penjagaan Cooling fan laptob

Hye semua kembali lagi untuk tutorial mengenai komputer buat rujukan bersama. Di blog carca marba ini, wakakaka..Hari ini saya ingin berkongsi tip penjagaan kipas laptob. Zaman sekarang ramai memiliki laptob sendiri kan. Sebut saja Apple, Vaio & Acer(kes pakai laptob acer) jenama pengeluar laptob terkemuka. Kita pandai menggunakan laptob tetapi adakah kita menjaganya? Persoalan yang bagus bukan.

Tip kali ini penjagaan Laptob “cooling fan” aka kipas laptob daaaaaa……

Sebagai permulaan :




Opss tersalah masuk gambar pulak, gambar pocong yg tggl di UMS haha..Back to the topic.
Setiap laptob pasti mempunyai system cooling fan sendiri. Tujuannya untuk menyejukkan laptob yang kepanasan ketika di gunakan. Kipas ini membuang haba di kawasan processor dan haba di grafik kad. Berikut ini gambarnya :




*nota untuk gambar ini setiap laptob kipasnya di tempat yang berbeza. Namun tujuannya tetap serupa.
Next picture laluan bagi haba panas keluar:




*cara nak periksa laluan ni pandai-pandai lah belek laptob anda kadang-kadang ianya berada di belakang.
Untuk gambar lebih jelas:



Periksa pada gambar ada no kan penerangan untuknya ialah:
1) Angin disedut oleh kipas kecil di dalam laptob.
2) Angin panas di hembus keluar untuk menyejukan laptob.

Sedikit peringatan penting kipas yang terdapat di laptob haruslah di servis jika ianya kotor, jangan gunakan dalam keadaan berhabuk jika anda teruskan juga pasti anda akan menghadapi masalah yang permukaan keyboard yang terasa panas tidak seperti mula-mula anda beli laptob.Jangan nagis (oh sir Penghantar Etika ku huhu). Hantarlah kepada kedai terdekat yang mahir untuk merepairnya. Kalau malas bolehlah hantar kepada saya (Promote sikit) Call sahaja 0137148447 bgi kawasan UMS SABAH SAHAJA YA yong roni facebook saya.Hal ini penting untuk tidak merosakkan terus laptob anda. Cuba pilih cuci kipas rm50++ kalau rosak motherboard rm700.Mana anda pilih?

Setelah di cuci anda akan perasaan yang kipas anda berfungsi dengan amannya.Tanpa bising lagi. Pasti ramai tertanya mengapa kipas ni boleh kotor? Cuba anda tengok kipas di rumah anda bila tiba masa perlu di cuci untuk bagi lancer. Kalau tak cuci malas je nak bergerak kan? Perasaankah anda..jeng jeng jeng.huhuhu..

Saya juga perasan cara penggunaan menyumbang kepada kipas laptob ini kotor. Pasti akan menggunakan laptob sebegini:




*Jangan nak ngorat jejaka ini ya dah berpunya 2.haha

Tiada tempat yang paling seronok selain bermain laptob di katil. Home sweet home lah orang kata. Tapi harus berjaga jangan salah cara. Kipas laptob menyedut angin luar untuk masuk ke dalam laptob. Jika anda meletakkan laptob di katil ianya akan menutup terus lubang angin kipas. Pasti ada kene situasi tengah guna laptob tiba-tiba mati sendiri (bukan kes elektrik kene potong ya).

Cara penggunaan yang betul di katil :



Lapikkan laptob anda dengan buku atau apa-apa sahaja yang mampu buat kipas laptob ini tidak tertutup. Bagi ianya lancar berfungsi tanpa halangan bukan susah pon kan. Tak kene bayar “anda buat anda dapatlah der” huhu.

Kesimpulannya jagalah laptob anda sebaiknya nak membelinya sudahlah mahal jadi tidak salah untuk menyayanginya. Akhir kata dari saya mudah-mudahan mendapat sedikit ilmu daripada saya untuk dikongsikan bersama.



*Anda mampu mengubahnya…CAyok…

TIP penjagaan KIpas Versi 3.0


Monday, December 17, 2012

Remove ShortCut Virus

Hye semua semua maaf bagi blog yang agak serabai, saya dalam urusan untuk menaik tarafnya menjadi lebih baik cuma wat masa sekarang beginilah keadaannya ea, hoho.Okeh back to the topik pasti ada yang mempunyai masalah begini kan. Setelah cucuk-cucuk pendrive pada komputer yang berlainan tiba-tiba segala data anda berubah menjadi 1 data shortcut.
Mimpi ngeri bagi sesetengah orang ni, tapi "jangan ngis" boleh setel punya hal.Begini: 1. Cucuk pendrive yang dijangkiti oleh virus pada mana-mana komputer. Periksa di mycomputer yang pendrive itu telah dapat di "detect" oleh komputer.
2. Setelah anda pasti yang pendrive telah dikesan oleh komputer anda, sila cari application command promp atau "CMD" anda boleh cari di search start button atau cara yang lebih jauh dengan mencarinya di kawasan application .
3. Seterusnya paparan hitam di bawah merupakan layout bagi sistem comand prompt itu sendiri. Nampak old school kan.Tapi banyak kegunaannya oooo..
Langkah seterusnya pastikan anda tahu yang pendrive anda berada di mana, anda boleh melihatnya di bhagian mycomputer, sebagai contoh gambar di bawah "drive path"
Macam gambar di atas pendrive ini berada di path f jadi di dalam cmd anda boleh taip begini: F: jika path filenya di bahagian G: atau sebagainya (lain komputer lain ragamnya huhu) anda perlu taip drive pathnya jangan tersilap path nanti lain pulaknya " bagai tikus membaiki labu pula nanti "
Ini akan menyebabkan cmd akan mempunyai hak untuk masuk ke dalam pendrive anda. 4. Seterusnya anda taip begini attrib -s -h -a /s /d
Bergantung kepada berapa banyak file yang di recover jika filenya sedikit maka cepatlah prosesnya. Jadi anda boleh memeriksanya dengan membuka mycomputer dan click pendrive anda. Tutup mulut segala data anda yang hilang telah di jumpai semula.
Selamat mencuba dan jangan ngis lagi xoxoxoxox publish (macam cerita cinta di istambul lakonan lisa pula).

Monday, January 9, 2012

Edit,edit...

wait ya....