Friday, November 14, 2014

Sharing wifi using usb modem broadband


Hai, semua kini saya kembali. Bagaimana dengan tip dahulu? Harap ianya membantu anda. Jika ada masalah jangan segan silu untuk bertanya. Free sahaja ;). Berbalik kepada topik asal, saya yakin pada masa kini ramai orang memerlukan internet dalam urusan seharian mereka. Di bantu dengan kepesatan teknologi smartphone aka telefon pintar menjadikan internet sangat di perlukan sekarang. Pasti korang akan melanggan pelan internet atau pun beli broadband, kan? Bayangkan tiada internet, pasti serba tak kena sekarang. Dunia makin berubah haha.





Sekarang kalau korang perasaan setiap telco internet menjual broandband seperti ini kan ( Rujuk gambar ). Broadband jenis ini mempunyai beteri di dalamnya. Sekaligus membenarkan boleh menggunakan internet on the go 24 hours (selagi beteri tak habis ya, hoho). Korang boleh connect banyak laptop, phone dan lain2 menggunakan broadband jenis ini.

   

Tapi bagaimana dengan broadband jenis ini?(Rujuk gambar). Broadband legend, teknologi sebelum lahirnya broadband jenis ada beteri dalamnya. Broadband jenis ini ada kelemahan  hanya satu laptop sahaja boleh guna dalam satu-satu masa kan? Pernah tak korang terfikir macam mana nak share connection internet walaupun hanya menggunakan broadband jenis ini. Jeng-jeng, inilah caranya ya. 





 Sila ikut step ini ya:

1) First download dlu software ini. Namanya mhotspot, software ni gunanya untuk share wifi dari broadband . Ada banyak lagi software yg boleh digunakan untuk share wifi dtpi ini yang paling stabil. Dah download, install macam biasa. 


2) Bila dah install pastikan restart laptop sebelum menggunakan software ini ya. Dah restart buka software tu.  Akan dapat lihat mcm mn interface software ini.



3) Sekarang untuk menggunakan software mhotspot ni. Pastikan sudah plug in broadband dan pastikan broadband tu telah di connect. 




4) Bila dah connect, baru run software mhotspot ini. Yang menariknya software ini, kita bole lihat berapa banyak penggunaan quata. Berada user yang tengah connect, boleh set password dan sebagainya. Sedikit penerangan ringkas mengenainya. (Untuk makluman untuk internet source pilih dari connection ape nak share wifi, contoh jika guna LAN pilih situ local area network, untuk broadband pula mobile broadband connection)






5) Isikan bahagian ruangan hotspot name, password, internet source, max client. Setelah disi pastikan tekan start hotspot.



6) Sila tunggu sampai keluar notification mhotspot started successful keluar. Sekarang amek telefon, laptop or mana2 device yg support wifi.





Try connect ke hotspot name yg anda buat. Kalau phone bole connect macam dalam gambar. Maka step anda Berjaya. Tahniah dah ada wifi.







Mudah bukan? Selamat mencuba, jika ada masalah bagi tahu ya. Saya cuba bantu ;)