Monday, January 6, 2014

Telefon Pintar Ape Itu?



Assalamualaikum pembuka bicara, buat semua pembaca. Hari ini saya nak coretkan sesuatu. Jadi “Get Ready” kita akan mula untuk membaca. Kita boleh lihat bagaimana teknologi dunia berkembang, dari sesuatu yang di fikir mustahil kini segalanya tidak lagi. Salah satu darinya adalah telefon. Semasa awal dikeluarkan telefon adalah sesuatu teknologi yang digunakan bagi sistem perhubungan serantau. Jika dahulu saiznya sangat besar, pasti korang akan ingat botol air kaler biru yang selalu budak-budak sekolah gunakan lebih kurang saiz itulah. Sangat besar bukan, bayangkan sekarang korang bawa telefon sebesar itu. Memang menyerlah huhu. Sedikit gambar bagi menggamit sedikit memori perkembangan telefon:

Dari untuk menghubungi, muncul sms, muncul kamera dan muncul telefon pintar “thank you Steve Jobs” melancarkan iphone. Teknologi telefon berkembang sejak pelancaran itu.

 

Telefon memainkan peranan penting kini, pasti akan terjadi seperti ini jika telefon tidak dibawa semasa keluar. Omg omg omg.


HaHa, Kini pasti anda pernah mendengar telefon pintar atau “SMARTPHONE”. Ape itu telefon pintar? Menarik untuk di kupas ni, telefon pintar adalah teknologi yang memberikan perbagai kemudahan seperti sebuah laptob tetapi di dalam versi kompak. Perbagai-bagai boleh di lakukan dengannya, Cuma perlu dimanfaatkan sahaja. Hari ini saya nak share bagaimana ingin memaktimumkan. Rasa tak berbaloi pula jika di dalam poket ada telefon beribu ringgit tetapi gunanya hanya untuk telefon dan bergambar. Sayang seribu kali sayang tu. Saya fokusnya untuk telefon menggunakan android ya.

Saya mulakan dengan apa “ apps “ yang patut ada di dalam telefon anda, kita bermula pada yang asas ya:
1) Anda pengemar, facebook, twitter? Benda ini wajiblah ada kan, barulah dunia tanpa sepadan. Dan juga selamat dating ke dunia zombie. Bergelak sorang-sorang hanya memerhati telefon anda.



2) Minat berborak dan ber SMS tetapi tak nak keluar kredit. Jadi gunalah weechat, whatapps, viber dan lain-lain lagi. Searchlah di playstore anda ya.



3) Bagi seorang Muslim ini apps yang patut saya rasa perlu ada, MySolat apps ini mudah untuk digunakan serta ada penunjuk kiblat. Katakan anda tak tahu dah masuk waktu ke belum, apps ini boleh membantu.


4) Nak tengok video kat telefon tapi video tak boleh play, jangan risau my dear. Downloadlah Mxplayer semua jenis video boleh di tengok. So dah jadi wayang bergerak, tetapi pastikan cerita original jangan download pirate punya ya, no good no good.



5) Nak edit gambar, tapi laptob kat rumah nak post kat insta nak kejar like haha. Sekarang telefon kan, ada semua boleh buat kat sini. Cuba try picsart dan snapseed. Saya suka guna apps ni, kalau anda ada apps menarik edit gambar sharelah ye.



6) Anda ada banyak email, anda seorang berkedudukan tinggi di pejabat atau  pun orang penting. Jangan risau semuanya boleh di selesaikan. Sekarang di dalam telefon pintar anda boleh masukkan kesemua, just perlu log in then bolehlah guna. Senang bukan?



7) Anda pernah mendownload file tetapi tak boleh buka, file dalam rar ke? Lalu bertanya Telefon rosak ke, then buka laptob untuk download balik. Well jangan buang masa guna phone je. Semua boleh beres punya. Apps ni, memang menbantu, sebagai contoh lecture saya suka mengupload nota di dalam facebooknya, bila saya download file tu dalam zip atau pon rar. Saya gunakan software ni, untuk meng unzip file itu. Jadi tiada masalah untuk saya melihat file yang saya download tu, huhu. Explore sendiri file itu, anda pasti teruja.



8) Minat mendownload? Torrent, gunalah software ini. Function sama macam torrent biasa tetapi ini jenis phone. Boleh mendownload, tetapi harus ingat. Dia akan menggunakan quata broadband anda, kalau quata dah sikit baik batalkan niat mendownload anda, huhu.



9) Pernah dengar simpanan file di awan? Bahasa ingerrisnya cloud storage, macam dropbox,mediafire dan lain-lain. Apps ni menarik, kawan anda nak file penting. Uploadkan dari telefon ke simpanan anda, copy link dan bagi pada dia. Dia boleh download dan selesai, mudah bukan? Part ni saya suka, ada dapat slide note masukkan dalam phone terus upload kat dropbox atau mediafire then saya bagi link kemudian kawan-kawan dapat download. Mudah bukan?



10) Alamak file keje aq ada kat laptob, laptob pulak kat bilik macam mana ni? Guys jangan nagis, mudah je install team viewer pada laptob dan telefon anda. Anda bole buat remote control dari telefon ke laptob. Terus dapat copy semua file tu. Senangnya hidup haha. Cuba anda try, mesti best macam saya kadang-kadang gi kelas ada download. Nak tengok progress saya remote ke laptob saya. Semua maklumat say dapat tengok. Macam laptob tu di depan saya. Semua saya control di hujung jari saya.



Itu saja buat masa ini saya ingin kongsikan, bagaimana untuk memaksimumkan telefon anda terutamanya android. Saya harap post ini akan dapat membantu anda. Sebelum saya menutup tirai cerita saya. Saya nak share something, Motorola kini sedang membuat model berasaskan lego. Memang menarik. Harap dapat keluar segera, lepas ni telefon pintar jadi lego.Haha





Serta juga HTC ONE adalah telefon pintar kegemaran saya buat masa ini. Antara fungsi menarik phone ini selain muziknya yang best, adalah phone ini boleh digunakan pendrive untuk mencopy file. Bayangkan ada, ada file cucuk kat sini share dengan kawan-kawan dah macam guna kat laptob ooooo, mudah-mudah. Tapi jangan harap nak pakai sekarang mahal sangat HTC ONE tu. Haha..sehingga kita jumpa lagi, adios xoxoxoxoxoxoxoxox.