Saturday, September 21, 2013

How To Install Eclips

Hye semua, oleh kerana ada yang bermasalah berkenaan eclips saya sediakan sedikit tutorial boleh digunakan sebagai rujukan.


--> Pastikan anda telah install software " java "
--> Selepas itu mingw (perlu ada internet)

Saya terus kebahagian path

1) Pergi ke " mycomputer " dan tekan di bahagian " system properties ".


2) Seterusnya ke " advance system setting ".


3) Klik " environment variables ".


4) Dibahagian " system variables " klik menu " path "


5) Tambahkan " C:\MinGW\Bin; " pada permulaan " variable value " tanpa menukar apa-apa.



6) Klik " OK "

Finish, selamat mencuba.

Saturday, March 16, 2013

Penjagaan Cooling fan laptob

Hye semua kembali lagi untuk tutorial mengenai komputer buat rujukan bersama. Di blog carca marba ini, wakakaka..Hari ini saya ingin berkongsi tip penjagaan kipas laptob. Zaman sekarang ramai memiliki laptob sendiri kan. Sebut saja Apple, Vaio & Acer(kes pakai laptob acer) jenama pengeluar laptob terkemuka. Kita pandai menggunakan laptob tetapi adakah kita menjaganya? Persoalan yang bagus bukan.

Tip kali ini penjagaan Laptob “cooling fan” aka kipas laptob daaaaaa……

Sebagai permulaan :




Opss tersalah masuk gambar pulak, gambar pocong yg tggl di UMS haha..Back to the topic.
Setiap laptob pasti mempunyai system cooling fan sendiri. Tujuannya untuk menyejukkan laptob yang kepanasan ketika di gunakan. Kipas ini membuang haba di kawasan processor dan haba di grafik kad. Berikut ini gambarnya :




*nota untuk gambar ini setiap laptob kipasnya di tempat yang berbeza. Namun tujuannya tetap serupa.
Next picture laluan bagi haba panas keluar:




*cara nak periksa laluan ni pandai-pandai lah belek laptob anda kadang-kadang ianya berada di belakang.
Untuk gambar lebih jelas:



Periksa pada gambar ada no kan penerangan untuknya ialah:
1) Angin disedut oleh kipas kecil di dalam laptob.
2) Angin panas di hembus keluar untuk menyejukan laptob.

Sedikit peringatan penting kipas yang terdapat di laptob haruslah di servis jika ianya kotor, jangan gunakan dalam keadaan berhabuk jika anda teruskan juga pasti anda akan menghadapi masalah yang permukaan keyboard yang terasa panas tidak seperti mula-mula anda beli laptob.Jangan nagis (oh sir Penghantar Etika ku huhu). Hantarlah kepada kedai terdekat yang mahir untuk merepairnya. Kalau malas bolehlah hantar kepada saya (Promote sikit) Call sahaja 0137148447 bgi kawasan UMS SABAH SAHAJA YA yong roni facebook saya.Hal ini penting untuk tidak merosakkan terus laptob anda. Cuba pilih cuci kipas rm50++ kalau rosak motherboard rm700.Mana anda pilih?

Setelah di cuci anda akan perasaan yang kipas anda berfungsi dengan amannya.Tanpa bising lagi. Pasti ramai tertanya mengapa kipas ni boleh kotor? Cuba anda tengok kipas di rumah anda bila tiba masa perlu di cuci untuk bagi lancer. Kalau tak cuci malas je nak bergerak kan? Perasaankah anda..jeng jeng jeng.huhuhu..

Saya juga perasan cara penggunaan menyumbang kepada kipas laptob ini kotor. Pasti akan menggunakan laptob sebegini:




*Jangan nak ngorat jejaka ini ya dah berpunya 2.haha

Tiada tempat yang paling seronok selain bermain laptob di katil. Home sweet home lah orang kata. Tapi harus berjaga jangan salah cara. Kipas laptob menyedut angin luar untuk masuk ke dalam laptob. Jika anda meletakkan laptob di katil ianya akan menutup terus lubang angin kipas. Pasti ada kene situasi tengah guna laptob tiba-tiba mati sendiri (bukan kes elektrik kene potong ya).

Cara penggunaan yang betul di katil :



Lapikkan laptob anda dengan buku atau apa-apa sahaja yang mampu buat kipas laptob ini tidak tertutup. Bagi ianya lancar berfungsi tanpa halangan bukan susah pon kan. Tak kene bayar “anda buat anda dapatlah der” huhu.

Kesimpulannya jagalah laptob anda sebaiknya nak membelinya sudahlah mahal jadi tidak salah untuk menyayanginya. Akhir kata dari saya mudah-mudahan mendapat sedikit ilmu daripada saya untuk dikongsikan bersama.



*Anda mampu mengubahnya…CAyok…

TIP penjagaan KIpas Versi 3.0